1) Butiran Penghantaran
Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran domestik dan antarabangsa menggunakan CITYLINK Malaysia. Perkhidmatan kurier ini adalah akan berlangsung pada hari berikutnya. Penghantaran akan dibuat padavhari Isnin ñ Sabtu (separuh hari).
Tracking No akan diberikan melalui e-mel setelah kami selesai membuat menghantar pesanan anda. Sekiranya anda belum menerima pesanan anda dalam masa 7 hari bekerja, sila hubungi kami di talian 011-262 70970.
2) Anggaran Tempoh Penerimaan Barang
Untuk setiap pesanan, barang akan diterima dalam tempoh 1-3 hari bekerja (Semenanjung Malaysia), manakala 3-7 hari bekerja (Sabah/Sarawak).
Pelanggan akan menerima e-mel jika barang tersebut akan dihantar pada hari tersebut.
Sekiranya pelanggan ingin membuat semakan status barangan, pelanggan boleh melayari laman sesawang https://www.tracking.my/citylink dengan memasukkan No Tracking ATAU menghubungi 1300-88-2489.